Soal Jawab mengenai Penawar Kacip Emas
Berapa botol yang perlu diminum bagi kembali normal?
Untuk
permulaan, kami mencadangkan pengambilan 3 hingga 10 botol secara
berterusan seiring dengan pemeriksaan bacaan glukos dalam darah yang
berjadual. Ini adalah bertujuan bagi memastikan kesan positif dan
kesetabilan pada diri anda sebelum anda menghentikan pengambilan Penawar
Kacip Emas. Fakta ketahanan badan (antibody) dan metabolisma bagi
setiap individu adalah berbeza. Tidak boleh membuat ketentuan mengenai
kuantiti.
Walaupun
bacaan gula dalam darah bertambah, ia menjelaskan wujudnya komplikasi
atau simptom akibat Diabetes. Akan tetapi, pengguna tetap akan merasa
lega dan puas. Selepas mengalami kestabilan terhadap komplikasi dan
simtom tersebut, bacaan gula akan turun ke paras normal semula.
Sebagai
rawatan alternatif, Penawar Kacip Emas bertindak secara beransur-ansur.
Semasa kandungan glukos didalam darah berada dalam yang tinggi,
kemudian bertukar dari rendah ketinggi akhirnya menjadi stabil ketahap
yang ideal. Proses ini biasanya mengambil masa selama dua hingga tiga
minggu dan ini memerlukan pengambilan Penawar Kacip EmasT secara
berterusan didalam tempoh tersebut.
Berlainan
dengan rawatan yang dianjurkan oleh perubatan moden, rawatan ini tidak
begitu menonjolkan penurunan atau peningkatan insulin dalam tubuh secara
ketara dimana kandungan glukos dalam darah dapat diukur dari
peningkatan atau pengurangan yang mendadak. Ia bertindak dengan
mempergiatkan sistem imunisasi seterusnya mempertingkatkan penghasilan
insulin secara semulajadi yang kemudiannya akan mengawal penyerapan
glukos kedalam darah secara berlebihan.
Oleh
yang demikian, perkara pertama yang dapat diketahui ialah kesegaran dan
tahap kesihatan yang lebih baik yang dapat dirasai dari kurang rasa
dahaga yang keterlaluan, tahap kekerapan membuang air kecil yang menurun
dan pembaikan pada tisu-tisu pada bahagian yang luka. Keadaan ini agak
ketara pada beberapa minggu yang pertama. Selepas tiga minggu,anda akan
mendapati perubahan yang mendadak terhadap simptom-simptom diabetes.
Bagaimana cara pengambilan Penawar Kacip Emas?
Tertakluk
kepada bacaan gula di dalam darah iaitu: > 12 mmol (3 kali sehari)
< 12 mmol (2 kali sehari) – 100 ml setiap pengambilan Cara
pengambilan adalah seperti berikut: 1 x pengambilan pagi sebelum sarapan
1 x pengambilan petang (sekitar jam 5 – 6 petang, elok semasa perut
tidak penuh) 1 x pengambilan malam sebelum tidur. – sekiranya
pengambilan 2 x sehari, minum pagi dan malam sahaja, petang tidak perlu.
Bolehkah diambil dengan ubat hospital atau klinik?
Boleh. Selepas 45 minit sarapan baru mengambil ubat hospital atau klinik.
Apakah kesan – kesan sampingan selepas pengambilan Penawar Kacip Emas?
Tidak
berlaku kesan-kesan sampingan. Cuma tindak kesan biasa dari kebas
kepada sakit di bahagian – bahagian tertentu, mual, muntah, sakit kepala
atau kekerapan membuang air besar atau air kecil. Semuanya adalah kesan
positif dan bersifat sementara sahaja. S.5 – Apakah semua pantang
larang ditetapkan didalam kotak itu mesti dipatuhi?
Sebaiknya
dipatuhi untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan kembali normal.
(Pesanan berdasarkan pengalaman dengan pesakit-pesakit sebelum ini)
Selain ubatan Hospital dan Klinik, bolehkah Penawar Kacip Emas diambil serentak dengan ubat-ubatan alternatif lain?
Sebaiknya
tidak disekalikan cuma dibenarkan ubatan Hospital @ Klinik sahaja. Ini
untuk mendapatkan SATU identiti sebenarnya dalam satu masa.
Apakah Penawar Kacip Emas boleh membantu kepada penyakit-penyakit selain diabetes?
Pada
asasnya Penawar Kacip Emas adalah dikhususkan untuk diabetes.
Walaubagaimanapun, melalui maklumbalas yang diperolehi daripada para
pengguna menunjukkan kesan – kesan positif yang lain seperti berikut: a.
Menurunkan tekanan darah tinggi. b. Memulihkan penyakit Gout
diperingkat awal. c. Menghilangkan keputihan (white-discharge) bagi
wanita. d. Mengembalikan tenaga kelelakian. e. Membantu pesakit lumpuh
diperingkat awal. f. Membantu pesakit yang berpotensi untuk membuat
hemodialisis. g. Membantu meningkatkan tenaga dan kesihatan.
(Pengambilan 50ml 2 kali sehari)
Bagaimanakah Penawar Kacip Emas dikaitkan dengan rawatan jantung, buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya?
Selagi
anda telah memulakan penghasilan insulin yang stabil, darah didalam
tubuh anda akan kembali berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung
penyakit-penyakit yang dinyatakan diatas akan bertindakbalas dan
menunjukkan perubahan yang ketara. Walau bagaimanapun kami menganggap
perubahan tersebut adalah hasil dari kesihatan anda yang bertambah baik
dan positif yang tidak diakibatkan secara langsung dengan pengambilan
Penawar Kacip Emas.
Bolehkan ibu mengandung mengambil Penawar Kacip Emas?
Boleh.
Tetapi dicadangkan ibu mengandung 6 bulan dan ke atas untuk
mengambilnya. Ini bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku yang
mungkin akan dikaitkan dengan Penawar Kacip Emas sekiranya diambil
semasa kandungn di peringkat awal.
Apakah tindak kesan berlaku kepada pesakit-pesakit yang luka?
Selalunya
akan mengeluarkan air bisa, nanah dan kekotoran yang agak luarbiasa.
Ini adalah kesan yang positif. Kemungkinan akan rasa sakit tidak seperti
sebelumnya. Semuanya adalah bersifat sementara kearah penyembuhan.
Bolehkah kesan hitam kembali seperti sediakala?
Banyak rujukan mendapati ianya dapat mengembalikan kecerahan kepada sediakala.
Bolehkah Penawar Kacip Emas membantu pesakit yang bergantung kepada Insulin?
Boleh. Cara pengambilan dan sukatan adalah sama dengan pesakit diabetes biasa.
Apakah cara penyimpanan terbaik Penawar Kacip Emas?
Sebelum
dibuka diletakkan ditempat yang dingin dan elakkan daripada terdedah
kepada cahaya matahari. Jangan amalkan meninggalkan terlalu lama di
dalam kenderaan semasa cuaca panas. Selepas dibuka eloklah disimpan
didalam peti ais bagi mengekalkan kesegarannya.
Bolehkah Penawar Kacip Emas diambil dengan air?
Tidak digalakkan. Cuma bagi pesakit yang tiada pilihan lain.
Adakah Penawar Kacip Emas telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil Halal?
Penawar Kacip Emas telah memperolehi Sijil Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil Halal.
Bagaimanakah Penawar Kacip Emas berfungsi sebagai minuman kesihatan?
Penawar
Kacip Emas merupakan rumusan formula herba yang berkhasiat bagi
membantu pembersihan toksik dalam badan. Ia menggalakkan peredaran darah
yang bersih dan bebas toksik. Seterusnya menjadikan anda sihat dan
bertenaga. Penawar ini diformulasi daripada 100% jus sayur-sayuran dan
buahan tempatan. Ia dijamin selamat untuk diminum.
No comments:
Post a Comment