Bagi mengekalkan kesihatan kaki anda dan mengelakkan komplikasi, anda hendaklah mengamalkan langkah-langkah penjagaan kaki ini :-
- Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah celah jari setiap hari. Penjagaan kaki anda bermula dengan menjaga kebersihan kaki.
- Keringkan kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah celah jari kaki. Kaki yang basah merupakan medium yang sesuai untuk pembiakan bakteria.
- Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah celah jari anda.
- Selalulah mengurut kaki anda termasuk jari jari kaki dengan tangan secara perlahan lahan.
- Bagi melindungi kaki anda, gunakan sarung kaki jenis kapas yang dapat menyerap peluh dan membolehkan kaki lebih selesa dan sentiasa kering. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang edaran darah kaki anda. Tukar sarung kaki setiap hari.
- Elakkan berkaki ayam ketika berada di luar rumah atau di dalam rumah. Ini bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda benda tajam atau panas.
- Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda.
- Setiap kali sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan teliti bagi mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda.
- Jangan merendam kaki anda lebih dari 5 minit dan di ddalam air panas.
- Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepinya. Kikis pinggir kuku agar ia tidak tajam. Gunakan penyeput kuku dan jangan gunakan peralatan yang hujungnya tajam bagi mengelakkan luka.
- Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama bagi memastikan kelancaran darah ke kaki anda.
- Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat yang terang. Periksa di celah celah jari da tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau minta bantuan orang lain. Periksa untuk mengesan rekahan, calar, kudis atau bisul, luka, lepuh, perubahan warna kulit, dan juga callus.
- Luangkan beberapa minit sehari utk baring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan.
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
- Patuhi regimen rawatan anda.
- Berjumpa doktor pada tarikh temujanji yang ditetapkan.
- Ambil ubat mengikut dos dan waktu yang betul.
- Berhenti merokok.
- Tangani stress.
- Berhenti minum arak.
- Bersenam atau lakukan aktiviti fizikal.
- Lakukan juga senaman kaki.
- Elakkan makanan yang mengandungi lemak, minyak, koleterol, dan gula.
- Lebihkan makanan sayur sayuran dan buah buahan.
- Selalu memeriksa dan memantau tahap gula dalam darah.
- Dapatkan nasihat dan kaunserling dari warga kerja perubatan.
No comments:
Post a Comment