DIABETES: CARA PENJAGAAN KAKI DAN GEJALA


Bagi pesakit diabetes, penjagaan kaki perlu dititik beratkan. Ini kerana, anda akan mengalami gangguan peredaran darah terutama di bahagian kaki yang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah.
Kerosakan saraf akan mengakibatkan anda kurang atau tidak merasa sebarang kesakitan, kepanasan, dan mengakibatkan kaki anda mudah tercerdara tanpa anda sedari.
Kerosakan saluran darah akan menghalang pengaliran darah menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan oksigen dan zat zat yang terkandung di dalam darah. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki anda lambat atau tidak akan sembuh.
Luka yang tidak dirawat dengan baik, berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. ini menyebabkan tisu tisu akan mati (gangrene), dan jikan semakin merebak, kaki anda perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa anda.

TANDA – TANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP PENYAKIT DIABETES
  1. Terlalu kerap kencing.
  2. Berat badan turun tanpa sebab yang jelas.
  3. Peningkatan tahap kehausan.
  4. Berasa penat dan sakit sakit badan.
  5. Berat badan meningkat.
  6. Luka yang lambat sembuh.
  7. Tidur yang berlebihan.
  8. Sering berasa lapar.
  9. Pandangan yang kabur.
  10. Masalah seksual bersama pasangan.
  11. Berasa kebas atau “tingling” pada tangan atau kaki
  12. Kulit yang kering dan gatal.
  13. Nafas yang berat. 

No comments:

Post a Comment