Kes 1 – Ustaz Mohamed Azri B. Tajudin (43 Tahun)
Saya
telah mengidap kencing manis selama lapan (8) tahun sejak tahun 2000.
Selama masa itu, saya cuma mengambil ubat hospital pada bulan November
2007. Ibu jari kaki saya terluka (Makan cekam). Saya mendapat rawatan di
klinik swasta beberapa lama sebelum dinasihatkan oleh doktor supaya
mendapat rawatan lanjut di Hospital Besar Pulau Pinang.
Atas nasihat daripada doktor dan kawan-kawan saya pergi ke hospital.
Sampai sahaja di hospital saya terus dimasukkan ke wad. Akhirnya keempat
jari kaki sebelah kiri saya dipotong di bahagian atas tapak kaki saya
dilapah.
Doktor telah memutuskan kaki saya harus di potong sehingga atas paras
buku lali. Teman-teman saya telah membawa saya ke sebuah pusat rawatan
alternatif (tidak dapat disiarkan disini) di Sri Gombak, Selangor dengan
bayaran sebanyak RM 8,850.00 sebulan. Empat hari sebelum tamat rawatan
kaki saya mula bernanah dan doktor menasihatkan saya pergi ke hospital
semula.
Usaha saya yang terakhir ialah mendapatkan khidmat
nasihat dan rawatan dari pihak Kacip Emas (Gold Pincer Trading, Alor
Star). Setelah tiga minggu mengamal Penawar Kacip Emas dan mendapat
rawatan yang teliti daripada pihak Kacip Emas, kaki saya mula
menunjukkan perubahan dengan izin Allah walaupun luka tapak kaki saya
agak besar disebabkan nanah.
Saya amat yakin dan berdoa semoga Allah menyembuhkan saya dengan
keberkesanan kerana Kacip Emas dan rawatan yang teliti agar saya dapat
berdiri semula sebagai Imam dan saya juga berdoa semoga Kacip Emas akan
berkesan pada setiap pesakit kencing manis.
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T, terima kasih kepada Kapt. Yusoff,
Pak Din dan semua warga kerja Kacip Emas yang sangat prihatin.Sekarang
kaki saya telahpun pulih 95% berikhtiar dengan mengambil Penawar Kacip
Emas. Dahulu bacaan gula saya 29 mmol/L dan sekarang tidak melebihi 6.0
mmol/L dan tidak perlu mengambil insulin 2 kali sehari seperti
sebelumnya. Alhamdulillah…
Kes 2 – Hjh Saodah Bt Hj Md Isa (59 Tahun)
Pada
bulan Mac 2007, saya telah dimasukkan ke wad ICU, KMC Kedah setelah
pitam dan koma selama 8 hari. Tubuh badan menjadi lembik dan hampir
lumpuh sepenuhnya. Setelah diberi rawatan sewajarnya dan tidak
menunjukkan sebarang perubahan, doktor menasihatkan agar saya di bawa
balik ke rumah, mungkin kerana dirasakan sudah tiada harapan untuk
hidup.
Di rumah, semua ahli keluarga telah berkumpul dan membaca surah
Yassin. Walaupun tidak dapat bergerak, saya telah diberikan Penawar
Kacip Emas yang dibawa oleh seorang kenalan (Pak Din) dan alhamdulillah
dalam beberapa hari tangan dan kaki telah boleh bergerak semula.
Sekarang saya telah boleh berjalan seperti sediakala dan
mampu membuat kerja seperti orang lain dan saya juga amat bersyukur
kerana diberi kesihatan yang baik. Terima kasih Penawar Kacip Emas.
Kes 3 – Puan Rohani Bt Zakaria (47 Tahun)
Pada
bulan Julai 2007 isteri saya telah dimasukkan ke wad 3B Hospital Besar
Ipoh kerana jangkitan kuman pada kaki kanan akibat daripada penyakit
KENCING MANIS. Kaki kanannya telah dibuat pembedahan pada bahagian atas
dan bawah. (Sila lihat gambar yang telah dirakamkan).
Pada masa tersebut kandungan gula dalam darahnya lebih kurang 26
mmol, dimana beliau sering keletihan, tiada selera makan, kerap buang
air kecil terutamanya pada waktu malam, sejuk serta kebas tangan dan
kaki. Suntikan insulin sebanyak 3 kali sehari telah diberi oleh pihak
Hospital Ipoh.
Beliau agak berputus asa memandangkan keadaan kaki yang tidak boleh
berjalan serta berkerusi roda dan gagal buat sementara waktu menjadi
seorang isteri yang sepatutnya di tunaikan.
Petunjuk dari Allah S.W.T telah datang, selang beberapa
minggu kemudian dimana seorang sahabat saya telah memaklumkan tentang
produk Kacip Emas ini. Saya pun tanpa berlengah lalu mendapatkannya
walaupun pada masa itu produk ini agak berkurangan atas permintaan
ramai.
Jadi sehingga ke hari ini beliau telah pun menggunakannya sudah
mencapai hampir 20 botol (berterusan) dan kini luka pada kakinya telah
pun pulih hampir 100% (Sila lihat gambar) dan kandungan gula pada
badannya pada sekitar bawah paras 6 mmol.
Alhamdulillah dengan usaha ikhtiar yang telah dilakukan, maka Allah
S.W.T telah perkenankan hambanya itu. Jadi saya dengan secara jujur
menyatakan bahawa produk Kacip Emas ini adalah antara produk yang
terbaik di dunia. Syabas kepada Pengasas dan Kakitangan.
Kes 4 – En. Nazeri B. Pandak Karim (57 Tahun)
Saya
mula sedar mendapat kencing manis pada bulan November 2007. Pada masa
itu saya sering demam, keletihan dan ukuran pinggang saya telah susut
dari saiz 47 ke 34 dalam masa beberapa minggu sahaja.
Kaki saya telah terluka dan semakin membengkak dan memakan masa yang
lama untuk pulih. Setelah pergi ke klinik saya telah disahkan mengidap
kencing manis dengan bacaan gula 17mmol/L.
Saya telah diperkenalkan kepada Kacip Emas oleh seorang kawan dan
setelah mengambil 2 botol luka saya telah sembuh dengan cepat dan
kesan-kesan luka telah hilang. Gula saya telah kembali ke paras normal
iaitu 4.9 mmol/L sehingga sekarang. Terima kasih kepada Kacip Emas.
Kes 5 – En. Mahizan B. Mansor (28 Tahun)
Jari kaki sebelah kiri saya telah dipotong, manakala tapak kaki saya juga telah ditebuk oleh doktor.
Setelah saya meminum 1 botol setengah kacip emas, tidak disangka
kandungan gula dalam darah berkurangan iaitu dari 12 unit – 3.6 unit.