KAITAN GULA TEBU DAN DIABETES


GULA memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

MASIH RAMAI TIDAK PEDULI BAHAYA GULA

Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

MANIS YANG MEMBAHAYAKAN

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika di aplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasikan gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

PENINGKATAN MUDARAT DAN PUNCA PENYAKIT BERBAHAYA

Pengambilan gula setiap hari juga dilaporkan menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.

“Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi,” katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. “Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

“Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak.

“Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

“Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula,” kata Easaw John.

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati, kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung. Di peringkat global, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang tahun 2025 seramai 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes. Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita?

Sumber: BERNAMA

BAGAIMANA GULA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN ?

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asid yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

GULA DAN KENCING MANIS

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis :

**55% kematian kerana komplikasi jantung

**13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal

**13% kes kematian kerana kanser

**19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

CARA PENJAGAAN KAKI PESAKIT DIABETES



Bagi mengekalkan kesihatan kaki anda dan mengelakkan komplikasi, anda hendaklah mengamalkan langkah-langkah penjagaan kaki ini :-
  • Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah celah jari setiap hari. Penjagaan kaki anda bermula dengan menjaga kebersihan kaki.
  • Keringkan kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah celah jari kaki. Kaki yang basah merupakan medium yang sesuai untuk pembiakan bakteria.
  • Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah celah jari anda.
  • Selalulah mengurut kaki anda termasuk jari jari kaki dengan tangan secara perlahan lahan.
  • Bagi melindungi kaki anda, gunakan sarung kaki jenis kapas yang dapat menyerap peluh dan membolehkan kaki lebih selesa dan sentiasa kering. Pastikan ianya tidak terlalu ketat kerana ini akan menghalang edaran darah kaki anda. Tukar sarung kaki setiap hari.
  • Elakkan berkaki ayam ketika berada di luar rumah atau di dalam rumah. Ini bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda benda tajam atau panas.
  • Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda.
  • Setiap kali sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan teliti bagi mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda.
  • Jangan merendam kaki anda lebih dari 5 minit dan di ddalam air panas.
  • Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepinya. Kikis pinggir kuku agar ia tidak tajam. Gunakan penyeput kuku dan jangan gunakan peralatan yang hujungnya tajam bagi mengelakkan luka.
  • Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama bagi memastikan kelancaran darah ke kaki anda.
  • Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat yang terang. Periksa di celah celah jari da tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau minta bantuan orang lain. Periksa untuk mengesan rekahan, calar, kudis atau bisul, luka, lepuh, perubahan warna kulit, dan juga callus.
  • Luangkan beberapa minit sehari utk baring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan.


AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
  • Patuhi regimen rawatan anda.
  • Berjumpa doktor pada tarikh temujanji yang ditetapkan.
  • Ambil ubat mengikut dos dan waktu yang betul.
  • Berhenti merokok.
  • Tangani stress.
  • Berhenti minum arak.
  • Bersenam atau lakukan aktiviti fizikal.
  • Lakukan juga senaman kaki.
  • Elakkan makanan yang mengandungi lemak, minyak, koleterol, dan gula.
  • Lebihkan makanan sayur sayuran dan buah buahan.
  • Selalu memeriksa dan memantau tahap gula dalam darah.
  • Dapatkan nasihat dan kaunserling dari warga kerja perubatan.
Kredit:  http://www.lelakisihat.com

DIABETES: CARA PENJAGAAN KAKI DAN GEJALA


Bagi pesakit diabetes, penjagaan kaki perlu dititik beratkan. Ini kerana, anda akan mengalami gangguan peredaran darah terutama di bahagian kaki yang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah.
Kerosakan saraf akan mengakibatkan anda kurang atau tidak merasa sebarang kesakitan, kepanasan, dan mengakibatkan kaki anda mudah tercerdara tanpa anda sedari.
Kerosakan saluran darah akan menghalang pengaliran darah menyebabkan kaki tidak mendapat bekalan oksigen dan zat zat yang terkandung di dalam darah. Tanpa pengaliran darah yang baik, luka di kaki anda lambat atau tidak akan sembuh.
Luka yang tidak dirawat dengan baik, berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. ini menyebabkan tisu tisu akan mati (gangrene), dan jikan semakin merebak, kaki anda perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa anda.

TANDA – TANDA ANDA MUNGKIN MENGHIDAP PENYAKIT DIABETES
  1. Terlalu kerap kencing.
  2. Berat badan turun tanpa sebab yang jelas.
  3. Peningkatan tahap kehausan.
  4. Berasa penat dan sakit sakit badan.
  5. Berat badan meningkat.
  6. Luka yang lambat sembuh.
  7. Tidur yang berlebihan.
  8. Sering berasa lapar.
  9. Pandangan yang kabur.
  10. Masalah seksual bersama pasangan.
  11. Berasa kebas atau “tingling” pada tangan atau kaki
  12. Kulit yang kering dan gatal.
  13. Nafas yang berat. 

LATAR BELAKANG & SEJARAH

kilang kilang2
kilang1 kilang9
Penawar Kacip Emas dikeluarkan oleh syarikat milik 100% bumiputera iaitu Gold Pincer Trading / Kacip Emas Global Sdn Bhd.
Gold Pincer Trading / Kacip Emas Global Sdn Bhd memberi perkhidmatan yang khusus untuk memberi rawatan alternatif kepada pengidap diabetes (kencing manis). Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 oleh pengasasnya yang juga Pengarah Urusan, Kapten (B) Yusoff Md Saad, yang telah menemui formula / ramuan Kacip Emas sejak tahun 1977.
bonded
Buat masa sekarang, Gold Pincer Trading / Kacip Emas Global Sdn Bhd mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Mergong, Alor Star, Kedah. Kilang ini mampu untuk menghasilkan produk secara moden, bersih dan komersial untuk memenuhi permintaan yang begitu menggalakkan.
rawat
Di samping itu, Gold Pincer Trading / Kacip Emas Global Sdn Bhd telah membuka Spa Rawatan Alternatif Diebetes bertujuan untuk mendekati pesakit dengan secara dekat dan memberi rawatan dengan lebih efektif di Alor Star, Kedah.

PENGASAS

Pengasas

Gold Pincer Trading / Kacip Emas Global Sdn Bhd

pengasas“Niat saya untuk membantu mereka yang mengidap penyakit ini dengan keredhaan Allah”
Demikianlah ujar kata-kata penuh bermakna daripada pengasas Kacip Emas Global Sdn Bhd, Kapten (B) Yusoff Md Saad yang telah memulakan penghasilan produk Kacip Emas sejak dari tahun 2001 lagi.
Kapten (B) Yusoff Md Saad berasal dari Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Berkelulusan akademik MCE, beliau pernah memegang jawatan sebagai guru sementara selama 2 tahun pada akhir 60an.
Pada tahun 1968, beliau telah memasuki Angkatan Tentera Malaysia. Beliau yang bermula dari Laskar Berpangkat Bawahan telah berkhidmat dengan ATM selama 33 tahun sehinggalah 1991. Kursus tertinggi yang pernah dihadiri beliau semasa di dalam ATM ialah ‘ Advanced Investigator’ di New Zealand.

Cekal menempuh rintangan yang mendatang

Menurut Kapten (B) Yusoff Md Saad, semasa di peringkat awal beliau memulakan perniagaan Kacip Emas, rintangan dan cabaran yang dihadapi amatlah mencabar. Sehinggakan beliau terpaksa menjual kereta untuk semata-mata untuk mendapatkan modal bagi meneruskan perniagaan.
Malah, proses permulaan pada awalnya hanyalah dijalankan secara kecil-kecilan di rumah. Pembungkusan produk asal pula sekadar menggunakan botol mineral cuma. Beliau menjalankan perniagaan dengan menjualnya dari rumah ke rumah, sehingga sampai ke satu tahap di mana ada pihak yang menganggap tindakan beliau sebagai tidak masuk akal.
Kini, semuanya tinggal sebagai lipatan sejarah. Produk Kacip Emas telah terbukti berkesan dan penerimaan masyarakat amatlah memberangsangkan. Malah ada juga pengguna yang terdiri daripada kalangan orang politik, ulama dan professional.
Bahkan, terdapat juga pesanan dari luar negara yang diterima dari masa ke semasa. Berdasarkan kepada senario ini, ianya telah sedikit sebanyak membuka peluang kepada Kacip Emas Global Sdn Bhd untuk melebarkan sayapnya di luar Malayasia, khususnya di negara Asean.

DIABETES SAHAJA

Kacip Emas bukanlah sekadar menurunkan bacaan gula semata -mata seperti kebanyakan produk lain, tetapi berfungsi untuk merawat dari dalam, menyembuhkan luka yang kronik serta menyelamatkan anggota badan orang kesayangan anda daripada dipotong..

Setiap 10 saat berlaku 1 kematian dan setiap 30 saat, anggota badan dipotong akibat kencing manis!

If estimating the population of Malaysia in 1996 to be approximately 21 million, the total number of diabetic sufferers would approximately be 1.7 million. With further industrialisation plus modernisation, the number of people affected by diabetes may double by 2010Persatuan Diabetes Malaysia.

news

Pengidap Kencing Manis menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menderita tekangan darah tinggi, Atherosclerosis kegagalan jantung tersumbat, masalah saraf, osteoporosis, kanser, masalah penglihatan, kegagalan buah pinggang, seksual dan penuaan pra-matang.
Ramai pengidap kencing manis hanya merawat gejala @ symptom kencing manis sahaja iaitu menumpukan kepada kandungan gula dalam darah dan bukan merawat penyakit tersebut secara dasarnya.
Penawar Kacip Emas™ @ Gold Pincer telah terbukti menunjukkan kesan yang amat positif dan memberangsangkan bagi menghilangkan punca-punca kencing manis / diabetes.
Penawar Kacip Emas™ mengandungi hanya bahan-bahan asli dan semulajadi yang dirumus khas supaya bertindak dengan lembut dan berkesan. Gold Pincer @ Kacip Emas™ tidak mempunyai bahan tambahan, pengawet atau bahan tiruan.
Penawar Kacip EmasTM telah distatuskan sebagai minuman kesihatan (Health Drink) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah memiliki sijil HALAL. Kaedah pemprosesannya terdiri daripada pelbagai peringkat berbanding dengan jenama minuman kesihatan yang lain. Peringkat-peringkat yang terlibat adalah proses pembakaran, kukusan dan perahan yang menggunakan hanya 5% air sahaja.
Proses penghasilan dan pembungkusan Penawar Kacip EmasTM ini dijalankan di kilang sendiri di Alor Star, Kedah.
Terbukti berkesan secara alternatif membantu pengidap diabetes walaupun pada tahap yang kronik.
brosur1
Keunikan Ramuan
Penawar Kacip EmasTM diformulasikan daripada 100% jus asli sayur-sayuran, bunga-bungaan dan herba terpilih tempatan
azizKeunikan penawar ini telah banyak membantu pesakit – pesakit diabetes. Jus asli cecair memberikan penyerapan pantas kedalam sel badan dan sekaligus membantu perkara-perkara berikut:
  • Membantu MENCERNAKAN GLUKUSA dan membenarkan glukusa dalam darah menembusi dinding sel
  • Membantu MENINGKATKAN KUALITI OKSIGEN dan mengaktifkan sel-sel di dalam badan
  • Membantu MENGURANGKAN KELETIHAN dan KELESUAN TENAGA yang seterusnya MENGEMBALIKAN TENAGA DALAMAN khususnya bagi lelaki
  • Membantu MEMULIHKAN RASA KEBAS KAKI DAN TANGAN
  • MENGEMBALIKAN DERIA RASA dan MEMULIHKAN LUKA TERUK atau KRONIK akibat Diabetes
  • Membantu MEMPERJELASKAN PENGLIHATAN YANG KABUR berpunca dari Diabetes.
Semoga Penawar Kacip EmasTM ini dapat membantu lebih ramai orang yang menderita penyakit kencing manis yang semakin kerap menyerang tanpa mengenal jantina dan usia mangsa.
Gambar Sebelum & Selepas..
rohani3s rohanikini2s
rohani2s rohanikini1s
Lihat lebih banyak Testimoni dan Keratan Akhbar

AKHBAR DAN TV

Kacip Emas  telah mendapat liputan akhbar, majalah dan TV secara meluas. Keyakinan pengguna terhadap keberkesanan Kacip Emas telah membuatkan ianya menjadi sebutan diserata tanahair selain negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Ikuti sedutan rakaman dari program Astro Ria Bersama Anita, serta antara puluhan keratan akhbar yang sempat kami kongsikan disini.
1
5
17
2
3
4
61
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
20
21